Utusan Malaysia

Harakah

Berita Harian

Malaysiakini

Bernama

Suara Keadilan

Blogger: Terkini tentang PAS

Blogger: Terkini tentang PKR

Blogger: Terkini tentang UMNO

Blogger: Terkini tentang DAP

Pengundi Manek Urai bijak berpolitik

"Memang kalau BN menang pun tidak akan jejaskan Pas, tetapi yang untung, dapat faedah adalah kita juga. Kalau nak agama pun dapat sebab Pas masih memerintah, nak kemajuan pun dapat sebab BN boleh bawa ke Manik Urai"
Ali Salleh, 76, berkata bahawa selama Pas mewakili Manik Urai, lebih 30,000 penduduk di situ tidak banyak menikmati pembangunan dan sudah tiba masanya kerusi itu diberikan kepada "orang lain".

Penduduk Manik Urai akan menikmati satu situasi "menang-menang" jika mereka memilih calon Barisan Nasional pada pilihan kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manik Urai pada 14 Julai ini, kata seorang pesara kerajaan.

Ali Salleh, 76, yang juga penduduk Manik Urai, berkata ini kerana jika BN menang, penduduk Manik Urai pasti akan menerima lebih banyak pembangunan, dan pada masa yang sama, mereka yang mementingkan pentadbiran sebuah parti Islam, akan masih berada di bawah naungan Pas kerana kemenangan satu kerusi oleh BN tidak akan mengubah penguasaan Pas dalam memerintah Kelantan.

"Memang kalau BN menang pun tidak akan jejaskan Pas, tetapi yang untung, dapat faedah adalah kita juga. Kalau nak agama pun dapat sebab Pas masih memerintah, nak kemajuan pun dapat sebab BN boleh bawa ke Manik Urai," katanya kepada Bernama.

Daripada 45 kerusi DUN Kelantan, PAS menguasai 38 kerusi itu dan sekutunya, Parti Keadilan Rakyat satu manakala BN mempunyai enam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Ismail Yaakob, 60, daripada Pas 22 Mei lepas. BN meletakkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai Tuan Aziz Tuan Mat manakala Pas memilih Mohd Fauzi Abdullah, seorang anggota jawatankuasa parti itu di bahagian berkenaan.

Penoreh getah, Azizah Hassan, 52, berkata apa yang penting ialah calon yang akan dipilih nanti mampu membawa perubahan sosio-ekonomi kepada rakyat setempat.

Bagi beliau, cara kehidupan di kampung sudah biasa baginya namun untuk melihat Manik Urai membangun secara perlahan adalah menjadi impiannya.

Untuk Kuala Krai, Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan telah menyenaraikan 11 projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan manakala 59 keluarga miskin tegar di Manik Urai akan diberi bantuan termasuk menyalurkan peruntukan bagi membina rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

-- BERNAMA

Parti manakah menjadi pilihan anda pada PRU akan datang?